Baru-baru ini, saya berpeluang menjelajah ke beberapa destinasi indah di Sumatra, dan jujur saya katakan, pengalaman ini benar-benar meninggalkan memori yang luar biasa. Saya menggunakan all-inclusive tour pakej Padang dari agensi kenalan saya, Faridah.
Perjalanan kami bermula di Pekanbaru, dan walaupun perjalanan naik bas ke Bukittinggi agak panjang, pemandangan sepanjang jalan terasa begitu mendamaikan. Deretan sawah padi yang menghijau dan bukit-bukit yang melatari horizon membuatkan penat seakan hilang begitu sahaja.
Kalau anda tanya apa momen paling indah? Tanpa ragu-ragu, saya akan katakan senja di Puncak Taruko. Bayangkan duduk di tepi lembah sambil ditiup angin petang yang sejuk, melihat matahari perlahan-lahan tenggelam di balik bukit. Cahaya keemasan menyinari ngarai dan mencipta pemandangan yang sukar dilupakan. Sungguh, di sini saya rasa dunia seolah-olah berhenti seketika.
Lembah Harau pula… hanya satu perkataan yang terlintas – magis. Tebing batu yang tinggi menjulang, kehijauan lembah di bawahnya, dan bunyi burung berkicauan mencipta suasana yang tenang dan damai. Saya sempat duduk lama di sini, hanya untuk menyerap kedamaian yang jarang sekali dirasai di tempat lain.
Ketika di Padang Panjang, kami sempat singgah di sebuah kedai kecil yang menjual Bika Talago. Kuih ini memang lain daripada yang lain. Lembut, manis-manis lemak, dan baunya begitu memikat. Makan sambil berbual dengan pemilik kedai, saya belajar banyak tentang budaya Minangkabau dan tradisi mereka.
Jam Gadang, ikon Bukittinggi yang terkenal, benar-benar memukau apabila malam tiba. Menara jam ini diterangi lampu berwarna-warni yang menjadikannya seperti permata yang menyinari bandar. Saya sempat duduk di dataran berdekatan, menghayati suasana malam yang meriah dengan pengunjung dan penjual jalanan. Ada sesuatu yang istimewa tentang melihat tempat ini di waktu malam – gabungan keindahan seni bina dan suasana nostalgik yang terasa begitu hidup.
Kalau anda bercadang untuk ke Bukittinggi atau kawasan sekitarnya, pastikan anda luangkan masa untuk berbual dengan penduduk tempatan. Boleh belajar bahasa Minang bersama Uda dan Uni. Mereka akan bagi tips tempat tempat menarik, rumah makan yang sedap. Lagi sedap dari PagiSore. Jangan lupa bangun awal pagi! Pemandangan subuh di kawasan ini adalah sesuatu yang wajib anda saksikan.
Sumatra memang penuh dengan pemandangan indah. Setiap sudutnya seperti menawarkan cerita dan keindahan yang tidak ternilai. Kalau anda belum pernah ke sini, boleh pakai travel agensi yang saya guna, pakej percutian halal Padang dari ZFB Travel. Itinerari yang lengkap dan pengalaman perjalanan yang selesa, mereka akan membawa anda meneroka keindahan Sumatra dengan tenang dan tanpa risau.